Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
SMKANT mula beroperasi pada 4 Disember 1995 dengan mengguna sama bangunan Sekolah Kebangsaan Sri Sentosa , Jalan Victoria, Nibong Tebal. Sekolah ini menempatkan kesemua pelajar yang seramai 133 orang pelajar tingkatan satu di asrama.
Apabila bangunan tetapnya yang berharga kira-kira RM 21 juta siap dibina di Jalan Permatang Tok Mahat , Nibong Tebal pada akhir tahun 1996 , semua program pengurusannya telah berpindah ke sana. Bangunan baru ini mula digunakan pada hari pertama persekolahan iaitu pada 6 Januari 1997.
Pada 31 januari seramai 268 orang pelajar dari tingkatan 1 dan 2 telah didaftarkan menuntut di sekolah ini. Pada awal Mac 1997 , seramai 68 orang pelajar yang kesemuanya perempuan telah di tawarkan tempat untuk belajar di sekolah ini dalam tingkatan 4.
No comments:
Post a Comment